• Deposit & Tempahan
Deposit sebanyak RM100 diperlukan untuk mengunci (lock) tarikh majlis anda. Tempahan dikira sah mengikut konsep 'first come, first serve' berdasarkan penerimaan bayaran deposit.
• Baki Bayaran
Baki bayaran pakej boleh dijelaskan seawal 7 hari sebelum majlis berlangsung, dan selewat-lewatnya pada hari majlis. Mohon maklum bahawa pihak jurugambar berhak menangguhkan penyerahan hasil gambar sekiranya baki bayaran masih belum diselesaikan sepenuhnya.
• Penyerahan Gambar & Album
– Gambar teaser (pilihan jurugambar) akan diserahkan dalam tempoh 1–3 hari selepas majlis.
– Bagi gambar penuh (softcopy), tempoh siap adalah sekitar 3–8 minggu.
– Sekiranya pakej anda merangkumi cetakan album dan frame, tempoh siap keseluruhan adalah sekitar 1–2 bulan, bergantung kepada musim dan jumlah tempahan.
• Polisi Pembatalan
– Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat oleh pihak pelanggan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh majlis.
– Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku sebarang kesulitan atau pembatalan yang tidak dapat dielakkan daripada pihak kami (perkara yang amat jarang berlaku), bayaran deposit anda akan dipulangkan semula sepenuhnya (100% full refund).
• Masa & Caj Tambahan
– Sekiranya sesi fotografi melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan dalam pakej, caj tambahan sebanyak RM100 bagi setiap jam berikutnya akan dikenakan.